Followers

Saturday, June 2, 2012

Apa Maksud Mimpi Ini?

Segala kegelisahan yg bermain di hati dan minda akhir-akhir ini telah aku leraikan dengan ISTIKHARAH.  Mohon petunjuk dari yang satu, Allah SWT.  Alhamdulillah, hati ini sedikit tenang.  Untuk aku tenang sepenuhnya, aku perlu ada disampingNya dengan lebih kerap.  Jodoh, ya itulah yang aku mohon dariNya.  Beri aku petunjuk untuk aku tahu siapa jodoh aku yang sebenar.

Malam tadi, aku tidur macam biasa.  Sedar-sedar dah subuh.  Tengok fon, si apis salah hantar mesej.  Nak hantar kt kawan dia, tapi terhantar kat aku.  MOTIF?? Bila ingat balik, aku takde mimpi apa-apa pun.  So, I perform my Subuh as usual.  Lepas je Subuh, entah kenapa mata ni mengantuk sangat.  Dengan bantal busuk yg tengah menunggu, aku pun hamparkan diri untuk terus tidur.  Ah, kita memang tak boleh nk lawan nafsu syaitan yang 1 ni.  Sesungguhnya tidur itu nikmat.  Sabar jelah.

Masa aku tidur sekejap tu, anggaran pukul 7am-8.30 am, otak aku sebok sangat fikir mesej yang apis tersalah send tadi.  Sampai aku terbawa-bawa dalam tidur.  Sampai aku mimpi, aku nampak dia kat bazar karat JB, tengah beramah mesra dengan beberapa orang perempuan.  Aku perhatikan dia dari jauh.  Dalam masa yang sama dia sangat bz ambil gambar dengan sorang perempuan ni.  Bila aku amati betul-betul, perempuan tu adalah perempuan yg apis upload gambar dalam FB dia.  Hamboi, beronok-ronok diorang beramah mesra kat bazar karat tu ye!  Entah kenapa dalam mimpi tu aku hanya mampu pandang dari jauh.  

Sedar je dari tidur, aku terkaku.  Termenung jauh memikirkan mimpi aku tu.  Ada sesiapa boleh tolong explain?  Sungguh aku xtahu apa makna sebenar di sebalik semua ni.  Aku buntu. Arggghhhh!


Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday: Kenapa Jadi Begini?

Hari release tension bersama BFF dengan tonton wayang cerita Aku Ada, Kau Ada yang entah pape tuh.  rugi rm10 woiii!  cerita ala-ala korea tapi sumpah tak menjadi.  Cuma lagu yang menjadi pujaan hati.  alang-alang bawa orang sakit, atie yang mengidam pizza.  dan hari ni aku makan paling banyak.  tapi entah kemana semua makanan tu pergi sebab tak nampak jadi dagingnya. haha!

aku akan lupa semua masalah aku bila aku dengan BFF ni.  sungguh mereka penghibur hati aku.  serta merta hati jadi kental dan jiwa takde perasaan.  ego juga semakin tebal.  sampaikan orang yang hari-hari aku harap dia call padahal tidak, tiba-tiba call dan aku takde nafsu langsung untuk jawab panggilan tu.  dah kenapa kau tetiba call aku? seraya hati berkata.

ahh ini semua permainan jiwa.  aku tak tahu nk explain apa yang ada dalam hati aku.  syukur ada yang mengerti, TUHAN yang satu.  maaf, aku tak tahu kenapa aku bermonolog sebegini.  sungguh aku tak tahu apa yg ada di hati.

aku memang nampak happy, tapi ada duka di hati :'(
         






Tuhan Telah Bukakan Hati Ini.

Salam Rabu semua!  hari ni aku nak kongsi sedikit cerita pasal zaman dulu kala.  eh, bukan cerita nujum pak belalang atau bujang lapuk.  tapi ini lebih pada cerita tentang diri aku.  sejak kebelakangan ni banyak sangat benda yg berlaku.  sampai aku tak kuat nak tempuh apatah lagi nak tahan sedih di hati ni.  macam-macam rasa ada sampai aku tak mampu nak luahkan mahupun bercerita pada sesiapa.  untung ada blog ni sebab apa yang aku rasa boleh aku luah kt sini.

semalam si apis a.k.a ex aku mesej.  jaga diri baik-baik dan moga ada pengganti yg boleh bimbing aku katanya! lepas je baca mesej dia terus berderau darah aku.  entah kenapa susah sangat nk hilang sayang aku pd dia.  macam-macam perasaan ada time tuu. macam-macam jugak kepala ni fikir entah dia sayang aku lagi ke? dia akan bg peluang kedua lagi ke? dan lain-lain lagi.  tipu laa kalau aku cakap aku dah tak sayang dia.  konon-konon nak buat jiwa ni kental, tapi hakikatnya aku tak boleh.  sebab dia cinta mati aku.  perggghhhhh!

dengan perasaan yang berbaur tu, ditambah pula dengan perasaan tak sedap hati, aku fikir semula dosa apa yang aku buat sampai hati aku tak tenteram macam ni.  fikir punya fikir aku sedar yang aku banyak sakitkan hati seseorang.  orang panggil dia ain, ex apis dulu.  sejak aku couple dgn apis, memang banyak perkataan tak elok keluar dari mulut aku untuk dia.  Dengan izin Tuhan, pantas je tangan ni capai handphone dan terus mesej dia.  ya, aku simpan nombor fon dia dah lama.  aku minta dari mimi, kawan baik apis yang suka 1 sekolah dengan ain dulu.  memang panjang berjela lah aku mesej dia.  sungguh aku kesal bermusuh dengan dia hanya disebabkan seorang lelaki? ohh tidak. ni bukan caranya.  Lately aku ade ter'stalk' FB apis dan aku dapat tahu diorang kembali berkawan.  syukur Tuhan :) dari situ aku dapat lihat yang apis tersangatlah bahagia dapat kawan balik dengan ain.  aku minta tolong ain jagakan apis sebab aku manusia biasa yang tak sempurna di mata apis.

orang kata, andai kita ikhlas minta maaf pada seseorang, keikhlasan tu akan dibalas kebaikan dengan beribu kali ganda. bukan aku tak pernah minta maaf dengan dia. pernah raya tahun lepas. tapi itu hanya melalui FB dan dia sama sekali tak respond mesej aku.  tapi itu dulu. sekarang alhamdulillah, ain pun bagi positive feedback dengan reply mesej aku dan memaafkan aku.  sungguh aku terharu :') masing-masing dah besar. perlu ke untuk bermusuh dengan perkara remeh-temeh macam ni?  it's not worth it!  aku tak mampu nk benci orang sampai mati.  kalau orang cakap aku sombong, sungguh hakikatnya tidak.  aku boleh berkawan dengan sesiapa kecuali orang yang tikam belakang kawan.  sungguh aku tak nak ada dendam dengan ain mahupun dengan sesiapa.  0-0. betul ain cakap, kesilapan lalu mematangkan kita dan sekarang kitorang berkawan.  lupakan lah benda yang boleh memecahbelahkan umat islam ni.

untuk ain, terima kasih sebab sudi memaafkan diri ini.
untuk apis, jaga diri baik-baik.  cha tak mampu nk jaga diri dy mcm dulu.
untuk diri sendiri, buanglah ego yang ada dlm diri.  Syukur Tuhan lembutkan hati ini untuk meminta maaf.
peace yo!




Monday, May 28, 2012

Dah lama tak rasa lepak mcm ni.

Kena jemur sampai 3 jam untuk kawad masa kt sekolah dulu aku okay je.  Kadang-kadang tolong mak kutip biji sawit, mampu jugak tahan.  Tak tido 3 hari sebab mengadap cerita korea pon aku steady jek.  Pergi Gambang berendam dalam air lama-lama pun still boleh melompat-lompat ada tenaga.

Tapi, entah kenapa kali ni tak boleh tahan.  Mungkin antibodi aku dah tak larat nak tanggung penat ni.  Mana tak nya, tiga hari berturut-turut bz memanjang.  Konon-konon nak feel cuti seminggu ni dengan mengangkang kt rumah.  Tapi tak menjadi.

Hari Jumaat malam aku sampai rumah, Sabtu pagi terus mula segala aktiviti aku.  Sabtu hantar atie pegi hospital.  Kesian dia, dah 3 hari sakit kt rumah tapi takde orang hantar pergi hospital.  Malam pulak attend mira nikah.  Then gerak semula jenguk atie kt hospital sebab dia kena tahan wad.  Pukul 1am baru sampai rumah.

pity her


Ahad.  Kul 11am dah keluar rumah sebab mira kawen.  Sebagai BFF aku kenalah sama-sama memeriahkan majlis.  Lina jadi pengapit, aku assistant lina.  Memang penat dan tersangat bz.  Panas, ramai orang.  Tak percaya yg mira dah kawen.  Tahniah syg, moga bahagia ;)  Petang da selesai majlis sanding, ambil gambar bagai, gerak ke hospital lagi jenguk atie.  Aku tak paham dengan sakit dia ni.  Malam tadi time datang da okey, boleh gelak-gelak.  Dengan harapan dia boleh keluar hari ni.  Tapi bila kitorang dtg, dia tengah mengerang kesakitah.  Haiyooo! Kesian sangat :(  Malam aku pergi lagi nak bagi balik fon dia.  Kitorang ni ulang-alik tp charger utk fon dia xbawak.  Takpelah, bukan selalu susah untuk member kan?

selamat pengantin baru sayang.  Moga bahagia ;)



Pagi Isnin.  Penat semalam tak hilang lagi. Tapi pagi ni dah kena bangun awal sebab nk pergi KL ambil sijil LJM adik aku.  Ni lagi satu benda yg wat aku menyirap.  Kolej dia ni tak habis-habis nk cekik duit orang.  Puii!  Ada saje hutangnyee! Banyak pulak benda nk settle.  Now 9pm dan aku baru rasa lega sebab dapat menikmati rehat.  Jangan nak lega sangat lah kina oii.  Sebab chapter 3 untuk research menanti ni.  Esok kena hantar by email.  Entah pukul berapa pulak nk siap :'( Tapi aku sempat curi sikit masa untuk update blog aku ni.  Yelah, aku takde BF nk kongsi cite penat aku ni.  BFF bz dgn keja masing-masing.  But, family memang sentiasa ada untuk aku.  The 3 days non-stop.  Sape tak penat kan?  Sumpah exhausted!  Ok bye!

memang macam ni lah gaya aku tidur jap lagi.

p/s: aku rindu dia!